Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Virtual Realiti (VR) Melalui GeoVR-Xplorer Di Kolej Matrikulasi Kelantan

Pengarang

  • Zuhaizi Abdullah Kolej Matrikulasi Kelantan Author
  • Siti Fadhilah Ayub Kolej Matrikulasi Kelantan Author
  • Nur Zarifah Syazana Hamzah Kolej Mtrikulasi Kelantan Author
  • Siti Sarah Saifullah Kolej Matrikulasi Kelantan Author
  • Noor Shuhada Rahim Kolej Matrikulasi Kelantan Author

DOI:

https://doi.org/10.70148/rise.15

Kata kunci:

Virtual Realiti; Eksploratif; Realistik; Geometri Molekul; 3D

Abstrak

Penggunaan teknologi Virtual Realiti (VR) dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan baharu yang diperkenalkan bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (4IR). VR menyediakan persekitaran pembelajaran realistik dengan menggunakan pendekatan eksploratif kepada pelajar sains khususnya subjek kimia. Geometri Molekul merupakan salah satu topik yang memerlukan daya imaginasi yang tinggi dalam memahami bentuk-bentuk molekul suatu sebatian kimia. Kekangan pelajar untuk menggambarkan struktur molekul ini dalam bentuk tiga dimensi (3D) mendorong pengkaji membina satu alat bantu mengajar yang dinamakan GeoVR-Xplorer. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran VR melalui penggunaan GeoVR-Xplorer. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 48 orang pelajar Jurusan Sains semester II Program Sistem Empat Semester (SES) bagi sesi 2023/2024. Satu set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen ini mengandungi lima dimensi iaitu rendaman, interaksi, imaginasi, strategi motivasi dan keupayaan menyelesaikan masalah. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran VR melalui GeoVR-Xplorer adalah pada tahap sangat tinggi dengan nilai min 6.85. Berdasarkan ujian korelasi yang dijalankan didapati hubungan antara persepsi dan kefahaman pelajar adalah positif yang kuat. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi maklumat kepada pensyarah dan organisasi pendidikan tentang persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran VR agar medium ini dapat diperluaskan lagi pada masa akan datang.

Rujukan

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Panduan Program Matrikulasi Satu Tahun. (2016). https://www.slideshare.net/slideshow/buku-panduan-pelajar-kolej-matikulasi/67756732

Chwen, Jen Chen (2009) Theoretical Bases for Using Virtual Reality in Education. Themes in Science and Technology Education, 2 (1-2). pp. 71-90. ISSN 1792-8788

Fahmi A. Rosli (2023, November 8,). Dasar pendidikan digital dilancar hari ini. BH online.https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1182824/dasar-pendidikan-digital-dilancar-hari-ini

Fardani, A. T. (2020). Penggunaan teknologi virtual reality untuk sekolah menengah pertama pada tahun 2010-2020. E-Tech, 8(1), 391851. https://ejournal.unp.ac.id/index.php/e-tech/article/view/108475

Farhana Safar & Noor Azah Abdul Rahman (2021). Pendidikan Interaktif: Penerokaan Virtual Reality (VR) Dalam Visualisasi Model Seni Bina. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 26-38. https://journalarsvot.com/index.php/anp-jssh/article/view/74

Fauzi Hussin, Jamal Ali, & Mohd Saifoul Zamzuri Noor (2014). Kaedah penyelidikan & analisis data SPSS. Universiti Utara Malaysia.

Fernandez, M. (2017). Augmented virtual reality: How to improve education systems. Higher Learning Research Communications, 7(1), 1–15. https://eric.ed.gov/?id=EJ1150087

Gabunilas, L. M., Adlao, E., Burns, K., Chiu, J. S., & Sanchez, S. S. A. (2018). Utilizing portable Virtual reality in teaching chemistry. Sci. Int.(Lahore), 30(2), 263-266. https://shorturl.at/fNSX8

Henry Matovu, Dewi Ayu Kencana Ungu, Mihye Won, Chin-Chung Tsai, David F. Treagust, Mauro Mocerino & Roy Tasker (2023) Immersive virtual reality for science learning: Design, implementation, and evaluation, Studies in Science Education, 59:2, 205-244, DOI: 10.1080/03057267.2022.2082680

Hsiu-Mei Huang, Ulrich Rauch, Shu-Sheng Liaw (2010) Investigating learners’ attitudes toward virtual reality learning environments: Based on a constructivist approach. Computers & Education (2010), doi:10.1016/j.compedu.2010.05.014

Hsiu-Mei Huang & Shu-Sheng Liaw. (2018). An Analysis of Learners’ Intentions Toward Virtual Reality Learning Based on Constructivist and Technology Acceptance Approaches. International Review of Research in Open and Distributed Learning Volume 19, Number 1

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Pelan-Pembangunan-Pendidikan-2013_2025.pdf

Lege, Ryan & Bonner, Euan. (2020). Virtual reality in education: The promise, progress, and challenge. JALT CALL Journal. 16. 167-180. 10.29140/jaltcall.v16n3.388.

Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29469/1/MJLI%2014%2001%202017%20211-265.pdf

Lim, G. F., Jalil, N. A., Hidup, D. S. A., & Omar, M. (2024). Pengintegrasian Teknologi dalam Pendidikan: Cabaran Guru. International Journal of Modern Languages And Applied Linguistics, 8(1), 49-67. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijmal/article/view/24217

Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS (4th Ed). Australia: Allen and Unwin. Diperolehi dari http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-i8/3301

Romainor, N., Abdul Talib, C., & Aliyu, F. (2022). Augmented Reality in Chemistry Education: A Literature Review of Advantages on Learners. Journal of Natural Science and Integration, 5(1), 126–135. https://doi.org/10.24014/JNSI.V5I1.16805.

Safar, F., & Raman, N. A. A. (2021). Pendidikan Interaktif: Penerokaan Virtual Reality (VR) Dalam Visualisasi Model Seni Bina. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 26-38. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v2i2.4.2021

Sekaran U., & Bougie, R. (2013). Research methods for business: A skill-building approach.Wiley.

research poster

Muat turun

Diterbitkan

2025-02-16

Cara Memetik

Abdullah, Z., Ayub, S. F., Hamzah, N. Z. S., Saifullah, S. S., & Rahim, N. S. (2025). Persepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Virtual Realiti (VR) Melalui GeoVR-Xplorer Di Kolej Matrikulasi Kelantan. Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education (RISE), 1(3), 55-71. https://doi.org/10.70148/rise.15