Persepsi Guru Pendidikan Islam (GPI) Terhadap Teknik Teknik Pengajaran Sirah Di Sekolah Menengah
DOI:
https://doi.org/10.70148/rise.14Kata kunci:
Pendekatan pengajaran Sirah; Guru; Pendidikan IslamAbstrak
Guru-guru merupakan penggerak utama sebagai agen perubahan untuk melahirkan modal insan yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, Guru Pendidikan Islam (GPI) memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berkemahiran dari pelbagai aspek kehidupan. Oleh itu, kajian ini meliputi perbahasan aspek sejarah pengajaran dan pembelajaran Sirah dan keperluan pembelajaran Sirah dalam kurikulum pendidikan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti Tahap Persepsi Guru Pendidikan Islam (Gpi) Terhadap Teknik Teknik Pengajaran Sirah Di Sekolah Menengah. Metodologi kajian yang digunakan adalah pendekatan deskriptif dengan mengumpul data melalui instrumen kajian yang telah disesuaikan mengikut konteks pengajaran Sirah. Data yang diperoleh daripada sejumlah responden GPI yang mewakili pelbagai latar belakang akademik dan pengalaman mengajar di Skudai, Johor Bahru. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 29.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa teknik-teknik pengajaran Sirah yang digunakan adalah berdasarkan kepada PAK21 menunjukkan kepada tahap yang tinggi. Namun, terdapat beberapa teknik yang bertahap sederhana iaitu teknik yang menggunakan Augmented Reality (AR). Hal ini akan membantu meningkatkan kualiti pendidikan Islam di sekolah menengah, dengan penekanan kepada pengembangan kurikulum yang lebih relevan dan efektif terhadap keperluan pelajar serta perkembangan pendidikan global masa kini.
Rujukan
Abdul Hadi Bakar, & Zamree Mustapha. (2020). Penggunaan Aplikasi Kahoot Dalam Meningkatkan Pembelajaran Peribahasa. Seminar Bahasa Melayu 2020. https://mlcs.moe.edu.sg/files/mlcs-sbm-2020-paper22.pdf
Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa melayu Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1): 39- 45
Amirah Syafiqah Anuar, K. A. (2022). Penggunaan “Augmented Reality” di dalam pengajaran sirah. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 56-67.
Bellezza, F. S. (1981). Mnemonic devices: Classification, characteristics, and criteria. Review of Educational Research, 51(2), 247–275.
Hayder Hakim Abd Al Khadhim. (2023). The impact of teaching methodology on Quality Learning. International Journal Of Research In Social Sciences & Humanities, 13(02), 702-708. https://doi.org/10.37648/ijrssh.v13i02.058
Ibn Hazm. (1982). Al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa' wa al-Nihal, 2, 209. Beirut: Dar al-Jil
Kalangan Guru Pendidikan Islam. Tesis. Falkuti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd Shahrani Muhamad Zaidi, & Mohamad Khairi Haji Othman. (2023). The challenge of Islamic education teachers of the standard secondary school curriculum (Kssm). International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8(50), 508-521. https://doi.org/10.35631/ijepc.850036
Mohd Shahrizal Nasir & Kamarul Shukri Mat Teh (2021). Pandangan al-Nadwi
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menerusi Kaedah Penyoalan Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), pp. 42-53e-ISSN: 2289-960X.
Nahi Abdullah. (2018). Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran Berkesan dalam
Nor Husna Jamil, Hasanah Abd Khafidz & Khazri Osman. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Tadzakkur. Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam (SEIPTI 2018). Diterbitkan di Malaysia oleh, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.
Saidin, N. F., Bukhari, N. A. M., & Yue, W. S. (2023). Penggunaan teknologi multimedia terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia. Isu Dalam Pendidikan, 46; 44-57
Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suhana Mohamed Lip, Suziana Hanini Sulaiman, Shazarina Zdainal Abidin. (2022). Tahap Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Melaksanakan Pembelajaran Teradun Berasaskan Kemahiran Teknologi.Https://Conference.Kuis.Edu.My/Ispen/Wpcontent/Uploads/2023/01/Ispen_Prosiding_07.Pdf
Tentang Kepentingan al-Sirah al-Nabawiyyah dalam Pendidikan KanakKanak. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 227–242. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.97 Universiti Sains Islam Malaysia, pp. 92-102. e-ISBN: 978-967-440-595-3
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Saidatul Najihah, Muhammad Talhah Ajmain, Muhammad Al Afiq Amiruddin (Author)

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.








