Institusi Pengajian Tinggi dan Pembinaan Karakter Mahasiswa Muslim: Sorotan Literatur.
DOI:
https://doi.org/10.70148/rise.v2i4.1Kata kunci:
Sahsiah Muslim, Pendidikan Islam, Institusi Pengajian Tinggi, Pensyarah, Pelajar SHPI, Analisis Tematik, UTM.Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara kontekstual peranan institusi pengajian tinggi dalam membentuk sahsiah Muslim dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajian Islam (SHPI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes telah digunakan, melibatkan temu bual separa struktur bersama empat orang pensyarah dan empat orang pelajar daripada tahun pengajian berbeza. Analisis data secara tematik mendapati bahawa enam faktor utama menyumbang kepada pembentukan sahsiah Muslim pelajar: (1) kurikulum dan pengajaran komprehensif, (2) persekitaran kampus Islamik, (3) peranan pensyarah sebagai murabbi, (4) penglibatan dalam program khidmat masyarakat, (5) penilaian berterusan dan maklum balas, serta (6) bimbingan dan nasihat dalam pengajaran. Kajian ini menunjukkan bahawa pembentukan sahsiah Muslim merupakan hasil sinergi antara sistem pendidikan, persekitaran kampus, peranan pensyarah, dan penglibatan pelajar secara aktif. Implikasi kajian mencadangkan agar pihak universiti merancang strategi pembinaan karakter pelajar secara holistik yang berteraskan nilai-nilai Islam demi melahirkan generasi pendidik Muslim yang berakhlak mulia dan berdaya saing.
Rujukan
Abdullah, M. N. (2011). Pendidikan Islam dan pembentukan akhlak: Analisis terhadap pendekatan kurikulum di institusi pengajian tinggi. Jurnal Pendidikan Islam, 19(1), 23–35.
Ahmad Mokhtar ‘Umar, & Muhyi al-Din Sobir. (1989). Mu’jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu’asarah. Kaherah: al-‘Arabiyyah lil Mausu’at.
Al-Attas, S. M. N. (1993). Islam and secularism. Kuala Lumpur: ISTAC.
Al-Bukhari. (n.d.). Al-Adab al-Mufrad. Hadis no. 308.
Al-Makhdal, A. A. (2008). Al-Makhdal li Dirasah al-Syariah (Jil. 1, hlm. 38). Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.
Al-Qur’an. (n.d.). Surah al-Anbiya’ [21:107].
Al-Qur’an. (n.d.). Surah al-Ma’idah [5:48].
Al-Qurtubi, A. (2006). Tafsir al-Qurtubi (Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an). Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah.
Berita Harian. (2019, 17 April). Mahasiswa kena beradab, jangan kurang ajar – Pensyarah. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/553641/mahasiswa-kena-beradab-jangan-kurang-ajar-pensyarah
Ibnu Manzur. (1990). Lisan al-‘Arab (Jil. 8, hlm. 175). Beirut: Dar Sadir.
Ibrahim, R. (2020). Pendidikan holistik dalam membentuk sahsiah pelajar IPT: Analisis dari perspektif Islam. Jurnal Usuluddin, 52(2), 87–106.
Jodi, K. H. M. (2006). Kefahaman pelajar terhadap rukun Islam dan pengaruhnya terhadap sahsiah pelajar (Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia). UKM.
Marzuki, N. (2005). Persepsi pelajar-pelajar KPLI Maktab Perguruan Kuala Terengganu terhadap personaliti pensyarah (Kajian empirikal) [Tesis Sarjana, IPT].
Pesol, W., Ismail, H., & Zulkifli, S. (2023). Cabaran mahasiswa terhadap pemerkasaan adab dalam pendidikan tinggi: Kajian kes di universiti awam Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 10(2), 45–58.
Syafiqah Solehah, N. S., Sulaiman, A., & Jamal, R. (2022). Pembinaan Modul Pembangunan Sahsiah Remaja: Kajian Awal Berdasarkan Pendekatan Psikospiritual Islam. Jurnal Psikologi Islam Malaysia, 6(1), 25–35. https://doi.org/10.37253/jpism.vol6.no1.2022.369
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Afiq Afnan Surjana, Muhammad Al Afiq Amiruddin, Afiq Fadhlullah Yusoff (Author)

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.








