Model Kurikulum dan Strategi Pedagogi di Sekolah Dalam Hospital: Kajian Literatur Sistematik dalam Konteks Pendidikan
DOI:
https://doi.org/10.70148/rise.v2i3.2Kata kunci:
Model Kurikulum; Strategi Pedagogi; Sekolah dalam Hospital; Pendidikan.Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti model kurikulum dan strategi pedagogi yang telah diaplikasikan dalam konteks Sekolah Dalam Hospital (SDH) melalui pendekatan Kajian Literatur Sistematik (Systematic Literature Review). SDH merupakan pendekatan alternatif yang memberi peluang pendidikan kepada murid yang menjalani rawatan jangka panjang di hospital. Walau bagaimanapun, pelaksanaan PdP dalam SDH berdepan dengan pelbagai cabaran unik yang menuntut pendekatan fleksibel, adaptif dan bersifat terapeutik. Kajian ini menggunakan protokol PRISMA dan melibatkan carian daripada tiga pangkalan data utama (DOAJ, ERA dan ERIH PLUS), yang memperolehi 133 artikel. Setelah melalui proses saringan, sebanyak 11 artikel dipilih untuk dianalisis secara mendalam menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa model kurikulum yang digunakan dalam SDH menekankan penyesuaian kandungan, laluan pembelajaran individu dan keseimbangan emosi murid. Strategi pedagogi yang berkesan pula merangkumi pendekatan reflektif, didik hibur, biblioterapi, serta penggunaan teknologi seperti SMART dan TPACK. Kajian juga mengenal pasti beberapa cabaran pelaksanaan, termasuk kekangan sumber, tekanan emosi guru dan keperluan kolaborasi rentas bidang antara sektor pendidikan dan kesihatan. Kajian ini mencadangkan keperluan kepada model PdPc yang holistik, fleksibel dan kontekstual bagi menjamin keberkesanan pendidikan hospital di masa hadapan.
Rujukan
Almazroui, K. (2023). Learning as the best medicine: Proposal for SMART schooling for hospitalized children. Heliyon, 9(6).
Arı, A. (2025). Every Child Succeeds: Special Education for Special Children in Basel, Switzerland. International Journal of Instruction, 18(3), I-VI.
Brandi, U., Hodge, S., Hoggan-Kloubert, T., Milana, M., & Morris, T. H. (2025). Temporality and lifelong education and learning. International Journal of Lifelong Education, 44(1), 1-5.
Caggiano, G., Brunetti, L. I. G., Ho, K., Piovani, A., & Quaranta, A. (2021). Hospital school program: The right to education for long-term care children. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(21), 11435.
Cooke, A., Smith, D., & Booth, A. (2012). Beyond PICO: The SPIDER tool for qualitative evidence synthesis. Qualitative Health Research, 22(10), 1435–1443.
Di Padova, M., Pettoello-Mantovani, M., & Dipace, A. (2024). School in the hospital, the key role of an educating community. Global Pediatrics, 9, 100204.
Jiliberto, F., & Alva, N. Z. (2025). Influencing Factors In-Hospital School Education: Exploring the Context From the Teacher’s Perspective. Continuity in Education, 6(1), 1.
Kadir, K. B. (2020, March). School in hospital (SIH): Issues, challenges and implications for dyslexia students. In International Conference on Special Education In South East Asia Region 10th Series 2020 (pp. 65-71). Redwhite Press.
Keehan, S. (2021). Continuing education in Irish hospital schools: Provision for and challenges for teachers. Continuity in Education, 2(1), 42.
Mahalingam, N., & Jamaludin, K. A. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.
Małkowska-Szkutnik, A., Berkowska, A., Gajda, M., & Kleszczewska, D. (2021). Teaching in hospitals and healthcare resorts: A qualitative study of teachers’ needs. Education Sciences, 11(7), 311.
McNamara, F. (2024). The professional development needs of hospital teachers in Ireland: An exploratory case study. Continuity in Education, 5(1), 50.
Mohammed, S., & Kınyo, L. (2020). Constructivist theory as a foundation for the utilization of digital technology in the lifelong learning process. Turkish Online Journal of Distance Education, 21(4), 90-109.
Page, M. J., McKenzie, J. E., Bossuyt, P. M., Boutron, I., Hoffmann, T. C., Mulrow, C. D., Shamseer, L., Tetzlaff, J. M., Akl, E. A., Brennan, S. E., Chou, R., Glanville, J., Grimshaw, J. M., Hróbjartsson, A., Lalu, M. M., Li, T., Loder, E. W., Mayo-Wilson, E., McDonald, S., … Moher, D. (2021). The PRISMA 2020 statement: an updated guideline for reporting systematic reviews. BMJ, 372. https://doi.org/10.1136/BMJ.N71
Phin, J. Y., & Yasin, M. H. M. (2019). Sekolah dalam hospital: Isu, cabaran dan implikasi pelaksanaannya. Journal of Education and Social Sciences, 12(2), 43-49.
Radi, N. H., & Amran, S. (2023). Strategi dan Cabaran Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Terbeza dalam Kalangan Guru di Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002336-e002336.
Ruiz, G., & Álvarez, A. G. (2016). Music education at hospital schools in Spain and Sweden: Paths between governing and knowledge. European Education, 48(4), 258-273.
Sahaat, Z., & Nasri, N. M. (2020). Cabaran pelaksanaan mata pelajaran reka bentuk dan teknologi sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45(1), 51-59.
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Muhammad Al Afiq Amiruddin, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Afiq Fadhlullah Yusoff, Afiq Afnan Surjana (Author)

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.








