Keberkesanan dan Persepsi Pelajar Lemah Terhadap Penggunaan Youtube Bagi Pembelajaran Geografi

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.70148/rise.10

Kata kunci:

Geografi; Geografi Fizikal; Youtube; Teknologi Pendidikan; Video

Abstrak

Penggunaan teknologi pendidikan telah banyak digunakan oleh guru pada era abad ke 21 ini. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar lemah terhadap penggunaan Youtube serta keberkesanan bagi pembelajaran Geografi di sekolah luar bandar dalam pembelajaran topik Geografi fizikal. Kajian ini dilakukan di beberapa buah sekolah menengah kategori sekolah luar bandar di daerah Muar, Johor yang menggunakan persampelan rawak mudah. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental yang terdiri daripada dua kumpulan dan menggunakan pendekatan kuantitatif dalam proses pengumpulan data dan penganalisisan data kajian. Sampel kajian adalah pelajar tingkatan 3 terdiri daripada 60 orang pelajar yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soalan pencapaian untuk mengukur tahap pencapaian dan soalan soal selidik yang diberikan kepada kumpulan rawatan dengan tujuan mengkaji persepsi pelajar lemah terhadap penggunaan Youtube dan keberkesanannya. Penggunaan teknologi dalam pelbagai kaedah pembelajaran dapat merangsang proses belajar pelajar dan dapat memberi impak yang berkesan. Namun dalam pembelajaran Geografi banyak fakta yang perlu diingati dan difahami, maka disebabkan permasalahan ini menyebabkan pelajar mudah bosan dan hilang minat untuk mengetahuinya dan mengakibatkan tahap pencapaian tidak memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan bagi pelajar lemah di kawasan luar bandar strategi pembelajaran menggunakan video ini kurang memberikan kesan tetapi dari segi persepsi pelajar yang belajar menggunakan aplikasi ini memberikan kesan yang positif. Kesimpulan dari kajian ini akan dapat membantu para pendidik mencari kepelbagaian strategi pembelajaran terhadap pelajar lemah di luar bandar supaya memudahkan proses mengingat dan memahami fakta dan konsep dalam pembelajaran Geografi topik Geografi Fizikal.

Rujukan

Alobaid, A. (2020). Smart multimedia learning of ICT: role and impact on language learners’ writing fluency— YouTube online English learning resources as an example. Smart Learning Environments, 7(1). https://doi.org/10.1186/s40561-020-00134-7

Awal Kurnia Putra Nasution. (2020). Integrasi Media Sosial dalam Pembelajaran generasi Z. Jurnal Teknologi Informasi Dan Pendidikan, 13(1), 80–86.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Geografi Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tingkatan 4 dan 5.

Bahagian Pembangunan Kurikulum Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di Sekolah.

Choon Keong, T., & Carol, A. (2013). Pengaplikasian Video Youtube : Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah Dan Geografi.

Deng, R., & Gao, Y. (2023). A review of eye tracking research on video-based learning. Education and Information Technologies, 28(6), 7671–7702. https://doi.org/10.1007/s10639-022-11486-7

DeWitt, D., Alias, N., Siraj, S., Yaakub, M. Y., Ayob, J., & Ishak, R. (2013). The Potential of Youtube for Teaching and Learning in the Performing Arts. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 1118–1126. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.439

Evania Eka Febriari. (2023). Penggunaan media pembelajaran powerpoint dan video dalam meningkatkan pemahaman siswa kelas X IPS pada matapelajaran Geografi . Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim.

Fatin Shamimi Che Ibrahim, N., Farahkhanna Mohd Rusli, N., Ra, M., Shaari, in, Nallaluthan, K., Bahasa dan Komunikasi, F., Pendidikan Sultan Idris, U., & Pengurusan dan Ekonomi, F. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 Students’ Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. ONLINE JOURNAL FOR TVET PRACTITIONERS, 6(1), 15–24. https://doi.org/10.30880/ojtp.2021.06.01.003

Frilly Oktopiani Afroza. (2022). PEMANFAATAN KONTEN YOUTUBE SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN UNTUK PEMAHAMAN PADA MATA KULIAH SEJARAH INDONESIA ABAD 18-19 M FKIP SEJARAH UNIVERSITAS BATANGHARI.

Harte, W. (2017). Preparing preservice teachers to incorporate geospatial technologies in Geography teaching. Journal of Geography, 116(5), 226–236.

Indra Jaya. (2010). BUKU STATISTIK PENELITIAN PENDIDIKAN.

Ishak, N. S., & Khalid, F. B. (2021). Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 228–240. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.708

Jamian, A. R. (2011). PERMASALAHAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS BAHASA. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Jia Chzin, D. T., & Surat, S. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik : Faktor-Faktor Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 137–157. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1210

Kamal Afify, M. (2019). EFFECT OF INTERACTIVE VIDEO LENGTH WITHIN E-LEARNING ENVIRONMENTS ON COGNITIVE LOAD, COGNITIVE ACHIEVEMENT AND RETENTION OF LEARNING.

Kamlin, M., & Keong, T. C. (2020). Adaptasi Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 105–112. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.508

Karma Sonam Rigdel, D. S. , D. M. R. (2023). Effectiveness of Youtube as a supplementary material to enchance the student’s learning achievement in Geography. Asian Journal of Education and Social Studies, 47(3), 53–72.

Katiman Rostam. (2005). Tanggapan guru dan pelajar terhadap status pendidikan geografi. Malaysian Journal of Society and Space, 66–75.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi.

Kleftodimos, A., & Triantafillidou, A. (2023). The use of the Video Platform FlipGrid for Practicing Science Oral Communication. TechTrends, 67(2), 294–314. https://doi.org/10.1007/s11528-022-00801-1

Lawrence Anak Padi, & Harnani Mat Zin. (2021). Pengaplikasian video Youtube bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi matapelajaran Sejarah. Education Management and Leadership.

Mahat, H., Arshad, S., Saleh, Y., Aiyub, K., Hashim, M., & Nayan, N. (2020). Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap keberkesanan pembelajaran Geografi. Malaysian Journal of Society and Space, 16(3). https://doi.org/10.17576/geo-2020-1603-16

Mahat, H., Poh Ling, P. C., Nayan, N., Hashim, M., & Saleh, Y. (2017). Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah Menengah di Sabah – Analisis Awal. Sains Humanika, 9(2). https://doi.org/10.11113/sh.v9n2.1039

Mayer, R. E., & Moreno, R. (2003). Nine Ways to Reduce Cognitive Load in Multimedia Learning.

Mohd Aris bin Othman. (2007). Keberkesanan kaedah pengajaran berbantukan komputer di kalangan pelajar pencapaian akademik rendah bagi matapelajaran Geografi tingkatan 4 di Negeri Sembilan.

Nur Aisyah Kamaludin, H. H. (2022). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan. Dunia Pendidikan, Vol 4 No.2, 333–343.

Nur Yunus, F. A., Mohd Yasin, R., Rahim, M. B., & Che Ros, R. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. First Technical and Vocational Education International Seminar 2014.

Ratnasari, I. W. (2017). Hubungan Minat Belajar Terhadap Prestasi Belajar Matematika. 5(2), 289–293.

Setiywan, A. (2014). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Reliabilitas Tes. Jurnal An Nur, VI(2).

Shafiq Bin Mohd Razali, M., & Binti Abdol Raop, N. (2018). Mengenalpasti Faktor-Faktor Yang Meempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar Sarjana Muda Psikologi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). In Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Social Science Jilid (Vol. 3).

Simon Kaukugwa Shilongo. (2018). the use of video and animations to improve learners’ achievement in Namibian Senior Secondary schools in Ohangwena region.

Siti Aminah Sallehin, & Fazlinda binti Ab Halim. (2018). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Berasaskan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah Zon Benut.

Sommerhoff, D., Codreanu, E., Nickl, M., Ufer, S., & Seidel, T. (2023). Pre-service teachers’ learning of diagnostic skills in a video-based simulation: Effects of conceptual vs. interconnecting prompts on judgment accuracy and the diagnostic process. Learning and Instruction, 83. https://doi.org/10.1016/j.learninstruc.2022.101689

Sulistianingsih, E., & Mukminan. (2019). The Development of Web-Based Learning Multimedia on Lithusphere Material and Its Effectivity in Improving Students’ Learning Motivation. 4(1), 11–24. https://doi.org/10.19184/geosi.v3i2.9882

Voon, S. H. &, & Amran. (n.d.). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik.

Wiranti, F. D., Pravikandari, D., & Dewi, K. (n.d.). Adopsi Media Sosial: Problem-Based Learning Berbantuan Instagram dan Whatsapp Group dalam Pembelajaran Geografi. http://ejournal.unikama.ac.id/index.php/JPIG/

research poster

Muat turun

Diterbitkan

2024-10-22

Cara Memetik

Ahmad Sulaiman, Z., Abdul Hanid, M. F., & Nordin, N. S. (2024). Keberkesanan dan Persepsi Pelajar Lemah Terhadap Penggunaan Youtube Bagi Pembelajaran Geografi. Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education (RISE), 1(2), 72-92. https://doi.org/10.70148/rise.10