Penilaian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif I-Zoo Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.70148/rise.8

Kata kunci:

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas; Peralatan dan Bahan Sokongan Teknologi; Masalah Pendengaran; Pembelajaran Interaktif; Keupayaan Kognitif

Abstrak

Kemajuan terkini dalam teknologi pendidikan telah menunjukkan potensi dalam menyokong keperluan pembelajaran unik bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Namun, terdapat isu permasalahan bagaimana integrasi teknologi ini dapat memberikan manfaat yang sama kepada semua murid dalam kumpulan yang pelbagai ini khususnya pendidikan khas. Dalam landskap pendidikan hari ini, integrasi alat dan bahan yang disokong teknologi untuk MBPK menjadi semakin penting, walaupun keberkesanannya boleh berbeza dengan ketara berdasarkan keperluan individu dan konteks pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan platform pembelajaran interaktif I-Zoo terhadap keupayaan kognitif  MBPK yang mengalami masalah pendengaran, dengan fokus khusus pada kemahiran pengecaman, pengisyaratan dan ejaan. Metadologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kajian tindakan dan melibatkan reka bentuk pra-dan pasca untuk menilai kesan I-Zoo terhadap kemahiran kognitif serta menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan markah yang ketara, dengan peningkatan 44% dalam skor yang diperhatikan selepas intervensi. Ini menunjukkan bahawa alat pembelajaran interaktif seperti I-Zoo berpotensi meningkatkan keupayaan kognitif tertentu dalam kalangan MBPK. Walau bagaimanapun, tahap peningkatan yang berbeza-beza menekankan keperluan untuk penyesuaian lanjut dan adaptasi alat ini bagi memenuhi keperluan pembelajaran individu dengan lebih baik. Kajian lanjutan perlu meneroka kesan jangka panjang teknologi ini dan integrasinya ke dalam kerangka kerja pembelajaran yang lebih luas untuk memaksimumkan manfaatnya kepada semua MBPK.

 

Rujukan

Ab Rahman, A., Nozlan, N. N., Thaidi, H. A., Ab Rahman, M. F., & Zakaria, M. A. (2020). Isu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dan institusi pendidikan sewaktu COVID-19.

Abdullah, S. A. K. (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abol, M. T., & Nordin, Z. S. (2023). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Murid Kurang Upaya Intelektual dalam Program Pendidikan Inklusif di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(12), e002599–e002599.

Agus, A. N. A. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Pendekatan Terbeza dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (The Level of Knowledge and Readiness Malay Language Teachers’ to Implementation Different Approach in Home Teaching and Learning during Movement Control Order). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 75–87.

Akta, O. K. U. (1996). Undang-Undang Malaysia. Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan.

Baharudin, N. S., Razalli, A. R., & Shaffeei, K. (2023). Analisis keperluan pembangunan aplikasi “E- Ibadah” dalam pengajaran pendidikan islam murid ketidakupayaan pendengaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 16, 15–32.

Balakrishnan, V. (2017). Teater forum sebagai strategi perkembangan emosi moral: Satu kajian tindakan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 2(3), 11–21.

Husin, M. R., Rahmat, A. F. N., Rosle, A. F., Hassan, F. S. M., Nawi, F. S. M., Abiraham, M. A., Abd Rahman, N., Razman, N. A. M., Khairulanuar, N. B. S., & Basari, N. H. H. (2023). PdPc Strategies and Techniques for Handling Special Needs Students with Hearing Impairment in Inclusive Education. Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS), 5(2), 75–87.

Ibrahim, S. A., & Razak, K. A. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran Dan Impak Dalam Pendidikan Islam Dan Pembelajaran Murid [Covid-19 Pandemic: Challenges and Impact in Islamic Education and Student Learning]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education, 1(1), 89–94.

Ismail, S., Saad, R., Radzi, N. A. A., Idris, N. A., & Aziz, N. E. M. (2021). Tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal’Ulwan, 6(2), 173–194.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Garis Panduan Peralatan dan Bahan Sokongan Pembelajaran Pendidikan Khas.

Lawrence-Brown, D. (2004). Differentiated instruction: Inclusive strategies for standards-based learning that benefit the whole class. American Secondary Education, 34–62.

Mahalingam, N., & Jamaludin, K. A. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104–115.

Mahlan, S. B., & Hamat, M. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. SIG: E-Learning@ CS, 1, 14–22.

Malaysia, K. P. (2017). Dasar pendidikan kebangsaan.

Malaysia, P. P. M. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan/Pejabat Perdana Menteri. Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1–3.

Mustapha, R., & Rahim, Z. L. A. (2008). Pembelajaran berasaskan masalah bagi mata pelajaran elektronik: Satu kajian tindakan di sekolah menengah teknik. Sains Humanika, 49(1).

Omar, N. (2021). Cabaran Dalam Pengendalian Pembelajaran Dan Pengajaran Fardu Ain Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran Di Malaysia: Challenges in Teaching and Learning of Fardhu Ain Classes for the Deaf in Malaysia. Sains Insani, 6(3).

Roslin, N. B., & Salleh, N. M. (2021). Penggunaan M-Learning Sebagai bahan bantu pengajaran dalam kelas pendidikan khas. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(5), 53–63.

Salleh, S. M., Mohamed, W. N. E. W., & Yunus, Y. M. (2017). Faedah Penyertaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kepada Golongan OKU: Kajian Terhadap Guru dan Peserta Pendidikan Khas Integrasi Di Kolej Komuniti Hulu Langat. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Life Long Learning, 1(1), 60–71.

Tahir, Z., Thambapillay, S., Yusoff, J. Z. M., & Rahman, A. S. A. (2020). Undang-undang berkenaan orang kurang upaya: Satu analisis perkembangan perundangan di Malaysia. The Malaysian Journal of Social Administration, 14(1), 96–114.

Yasin, M. H. M., Tahar, M. M., Tahir, L., Kasbin, M. A., Ramli, F., Zahari, Z., & Hasan, K. A. (2010). Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan khas. Jurnal Teknologi, 83– 94.

research poster

Muat turun

Diterbitkan

2024-10-01

Cara Memetik

Abdul Rahman, N., & Gnana Piragasam, G. A. (2024). Penilaian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif I-Zoo Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran. Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education (RISE), 1(2), 31-48. https://doi.org/10.70148/rise.8