Tahap Kemahiran Guru Bahasa Arab Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI dalam Penyediaan dan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
DOI:
https://doi.org/10.70148/rise.v3i3.12Kata kunci:
Tahap Kemahiran, Penyediaan ABM, Penggunaan ABM, Bahasa ArabAbstrak
Transformasi pendidikan masa kini menggalakkan dan menuntut para pendidik untuk mengintegrasikan teknologi digital secara meluas semasa mengajar dalam bilik darjah. Namun, kemahiran pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar (BBM) digital dalam kalangan guru Bahasa Arab didapati masih kurang optimum berbanding penggunaan bahan bantu konvensional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kemahiran guru terhadap penyediaan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mata pelajaran Bahasa Arab di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (SIRAJ). Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan untuk menganalisis tahap kemahiran guru terhadap penyediaan dan penggunaan BBM dalam PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Arab di SIRAJ. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 53 orang guru yang mengajar bahasa Arab dari 5 buah SIRAJ. Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji dengan telah mendapat pengesahan pakar dan rintis dilakukan dengan bacaan nilai Alpha Cronbach tinggi iaitu 0.94. Data dianalisis menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 30.0 dan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa Tahap Kemahiran Guru berkaitan BBM berada pada tahap Tinggi dengan bacaan nilai skor min M= 3.95. Keseluruhan kajian ini menunjukkan tahap kemahiran guru berkaitan BBM dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi.
Rujukan
Awi, N. A. L., & Zulkifli, H. (2021). Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam dalam Pembelajaran Abad ke-21. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 4(1), 40-54.
Che Mat, A., Abdul Rahman, S. A., Awang, A., & Ramli, N. A. (2023). Amalan bahasa Arab di sekolah rendah pada tahap satu. Borneo Akademika, 7(2), 1-12. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/89614/
Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). SAGE Publications.
Etikan, I., Musa, S. A., & Alkassim, R. S. (2016). Comparison of convenience sampling and purposive sampling. American Journal of Theoretical and Applied Statistics, 5(1), 1-4. Pautan: https://doi.org/10.11648/j.ajtas.20160501.11
Geoffrey, T., Ahmad, R., & Lim, S. (2024). Perbezaan dan Hubungan antara Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru dalam Penggunaan Teknologi Pendidikan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 14(2), 45-60. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/download/384/256
Harun, H., & Mohd Rosdi, M. N. (2023). Penggunaan kaedah inovasi Sambung dan Baca Bahasa Arab (SaBBAr) dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan bahasa Arab murid. Afaq Lughawiyyah, 1(2), 295–309.
Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis (7th ed.). Pearson.
Ismail, H., & Abdullah, R. (2018). Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Visual dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah. Jurnal Linguistik dan Pendidikan, 7(3), 88-104.
Ja'apar, F. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian (Tesis Sarjana). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf
Jabatan Komunikasi Korporat UTHM. (2025, 9 Julai). Pembelajaran kreatif tarik minat si cilik dalami bahasa Arab. UTHM News. https://news.uthm.edu.my/ms/2025/07/pembelajaran-kreatif-tarik-minat-si-cilik-dalami-bahasa-arab/
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Illias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Kamis, N., & Khalid, F. (2017). Kekangan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru Prasekolah. Simposium Pendidikan di Peribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRIN2017), 212-217.
Khadijah Kamaruddin, Marina Abu Bakar, & Nurul Izzatie Aziz (2025). Cabaran dan Strategi Penguasaan Bahasa Arab dalam Program Diploma Pengajian Islam. International Journal of Educational Research on Andragogy and Pedagogy (IJEPC), 10(57), 801–823. https://doi.org/10.35631/IJEPC.1057052
Magesvaran, P., & Urgatini, R. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah: Satu Tinjauan. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(2), 123–134. https://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/2021
Mat Razali, A. S., Husaini, M. H., Mohd Pisol, M. I., Mat Saad, D. U., Mohd Hairon, S., Hussin, N. H., & Md Daud, M. K. (2017). Kemahiran dan Penyediaan Bahan Guru Bahasa Arab Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar: Skills and Preparation of Arabic Language Teacher Against Usage Teaching Aids. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 120–126. https://jsass.uis.edu.my/index.php/jsass/article/download/114/96/196
Mohamad, M. A., & Salleh, N. H. M. (2024). Kajian literatur keberkesanan penggunaan gamifikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. International Journal of Modern Education (IJMOE), 6(22), 588–602.
Mohamad Razif, N. H., & Md Taib, M. J. (2024). Penerokaan elemen bahan bantu mengajar yang menyokong peningkatan kemahiran komunikasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 17(1), 106–115.
Mohamad Zamal, N. S., Sehat, S., Nabila, R., & Mat Yusoff, M. A. (2024). Persepsi tentang Keperluan dan Kepentingan Bahasa Arab dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jurnal Kesidang, 9(1), 56–63.
Muhammad Fahrudin Nur, Rahmania Auriel Zaeni, Danial Hilmi, & Abdul Basid. (2025). Pembelajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua Pada Siswa Dalam Aplikasi Teori Kontruktivisme. Tadris: Jurnal Penelitian dan Pemikiran Pendidikan Islam, 13(1), 66-95.
Nasir, M. S., Amiruddin, A. Z., Osman, N., & Mohd Noor, S. S. (2024). Pembelajaran Bahasa Arab oleh Pelajar Bukan Muslim Menerusi Penggunaan Transliterasi Arab-Rumi/ Learning Arabic by Non-Muslim Students Through the Use of Arabic-Roman Transliteration. UMRAN - Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 79–99. https://doi.org/10.11113/umran2024.11n1.653
Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.
Rahman, A. A., Hashim, N. H., & Yusof, N. (2018). Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Islam Selangor Semasa Latihan Mengajar. Jurnal Pendidikan, 3(2), 45-56. https://surl.li/xiamna
Samad, A. A. (2018). Keupayaan Guru dalam Melaksanakan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah Menengah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 8(1), 45–56. https://jtpmm.edu.my/index.php/jtpmm/article/view/2018
Sameri, M. (2018). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran oleh Guru Bahasa Melayu. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 6(1), 23-35.
Sulaiman, S. (2020). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Digital dalam Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi Pendidikan, 12(2), 77-88.
Zaini, A. R., Zakaria, N., Hamdan, H., Ghazali, M. R., & Ismail, M. R. (2019). Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia: Permasalahan dan Cabaran: Teaching of Arabic in Malaysia: Problems and Challenges. Jurnal Pengajian Islam, 12(1), 47–57. Retrieved from https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/4
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Nina Nazliana Zolkapli, Siti Suhaila Ihwani Ihwani, Abdul Basit Abdur Rahim Nasution (Author)

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.








